Selasa, 28 April 2015

Ada sepasang kekaasih. Masih remaja. Darah panas. Nafsu membuak.

Si lelaki. Alim gile. Serban berlilit. Songkok tinggi. Tangan dan tasbih macam dah terlekat dengan gam uhu.

Sang perempuan. Tudung labuh gila. Gila gila. Cakap lembut giler. Baju labuh.

Si lelaki dan si perempuan secara tak sengaja berkenalan.

Pom-pang-pom-pang perkenalan.. jadilah mereka sepasang sahabat.

Beberapa lama kemudian, Si lelaki jatuh hati pada keayuan Sang perempuan.

Bagi si lelaki itu, si perempuan tu... matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan
cahaya keimanan kononnya.
Pergh! Cantik sangatlah kot jika nak diceritakan.

Si lelaki rasa macam pfftt gila jatuh cinta kat perempuan tu.

Tapi takleh aa kan. Dua dua alim kot. Sorang songkok tinggi sorang lagi tudung khemah. Labuh gila.

Tapi si lelaki dah rasa mcm... k. Dia perlu buat sesuatu utk tarik hati perempuan.

Nafsu. Iman.

Bila nafsu tinggi, iman pun kalah. (Tak caya tengok jari. jari telunjuk melambangkan iman, jari tengah- nafsu. Setinggi tinggi tinggi iman. Tinggi lagu nafsu)

So lelaki tadii mengatur langkah dan akha.
Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq
ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu
Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di
RFC. Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka
kerana tiada tempat duduk.
Bila duduk , Muhammad bertanya, "Have you married?"
"No." jawab Safura.
"So, why you sit together with this ajnabi alone
here."tanya Muhammad.
"Kami couple, tapi Islamic way." jawab Syafiq.
Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu.
Muhammad pun memulakan ceritanya. "Aku ni muallaf.
Asal dulu aku Kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku
suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan,
pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi,
aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah, Allah
buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku
masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh
makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana
aku nak buat ni?
Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam.
Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat
dia. Tapi aku, mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku
fikir.
Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak
Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik
aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat.
Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku
bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas
tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia
berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan
babi tu buat 2 tahun.
Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba.
Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni
takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2
tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la
bakut teh.
Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah
jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia
makan. " Ustaz! Jom makan. Babi Islam nih.”
Tercengang Ustaz tu lalu terus berlalu sambil Istighfar.
Esoknya aku berjumpa Ustaz berkenaan dan tanyakan
kepadanya kenapa tidak singgah makan bersama.
Lalu Ustaz tu cakaplah kat aku. Yang haram tetap
haram dan tiada pemudahcara bagi menghalalkan yang
haram.
Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar.
Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu
jelas dan yang haram itu jelas.
TERASA? Maknanya masih ada kesedaran pada diri
kita. Bukan nak menghina sesiapa. Tapi, sedarlah akan
hakikat sebenar. Tiada istilah cinta Islamik sebelum
nikah ya.
Sekadar kongsi .... Minta Maaf kalau terasa ....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Saya juga manusia. Mengakukan khilaf. Jika salah, tolong berikan reaksi anda diruangan ini. Sekiaaan..