Isnin, 27 April 2015

Refleks diri

Ada kisah.

Bilamana dia sudah bercerai dengan sang suami kerana masalah si suami yang kaki perempuan..

Dan.. si suami ajak untuk bersamanya kembali.

Keliru. Takut.

Tak boleh lari.

Tapi, bila ternampak satu cermin besar. Nampak muka sendiri. Raut wajah sendiri.

Zahir dan batin.

Dia kenal diri dia. Bukan orang lain.

Jadi, dia dah buat keputusan. Yang sebenar benarnya dan paling penting; tetap.

Ya. Melalui cerita ni.

Refleksi diri tu penting.

Penting untuk kenal diri sendiri.

Penting untuk buat suatu dengan baik.

Sebab, yakin pada diri pasti juga dapat yakin pada keputusan yang dibuat.

Kadang diri tak seberapa baik.
Kadang diri buat khilaf.

Nak jadi baik.
Cuba jadi baik.

Tapi.

Sering juga tersasar.

Lumrah manusia mahu kembali kepada fitrah. Lumrah.

Tapi kadang tiada tangan untuk memaut.

Allah. Kuatkan mereka yang ingin berubah.

Kuatkan aku, hamba-Mu yang teringin menjadi baik.

Bantu ya Allah, bantu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Saya juga manusia. Mengakukan khilaf. Jika salah, tolong berikan reaksi anda diruangan ini. Sekiaaan..