Selasa, 2 Jun 2015

pertanfingan

Ramadan 2011.
"Mak, puasa tahun ni abah tak balik?" tanyaku sehari sebelum puasa bermula. Dan.. Mak hanya menjawab soalan aku dengan menoleh sekilas ke arahku dengan senyuman yang kelat.
Rindu rasanya dengan Abah. Kalau dunia boleh ditawan dan digantikan dengan Abah, pasti akan aku lakukan walau bagaimanapun caranya. Daripada aku kecil, aku kurang mendapat kasih sayang dan belaian daripada Abah. Abah berkahwin lain ketika aku masih di dalam kandungan Mak. Lahirnya aku tanpa iqamah daripada sang bapa. Membesarnya aku tanpa belaian dan didikan seorang ayah. Hanya dua tangan milik Mak yang mengasuhku dengan penuh kesabaran.
 Kadangkala, ada juga abah balik. Sekali-sekala. Balikpun, hanyalah sekejap sarapan di rumah, kemudian keluar pergi memburu. Naik senja, baru pulang ke rumah dan malam sudah kembali ke rumah isteri nombor dua.
Aku masih kecil untuk mengetahui segala yang berlaku. Aku sudah di'didik' untuk tidak mendapat perhatian daripada seorang bapa secara tidak langsung. Bila sudah menginjak remaja, baru aku rasa hidup aku bagai ada yang kurang.
Ya, Abah.
Saat kawan-kawanku bercerita tentang gagahnya bapa mereka, aku cuma menikus mendiamkan diri. Saat rakan-rakanku mula berceloteh tentang penyayangnya ayah mereka, aku cuma menunduk menahan sebak.
Aku perlu redha.  
Ramadan 2011 berlalu tanpa meriahnya berbuka puasa bersama Abah. Terbayang di lubuk minda, alangkah indah bila menunggu saat berbuka apabila Abah datang bersama berplastik-plastik banyaknya makanan dan akhirnya, berbuka bersama dengan riang gembira dan doa yang mengiringi.
Itu cuma angan-angan kosong. Angan-angan yang mustahil untuk menjadi realiti.

Ramadan 2012.
"Mak, pujuklah Abah supaya berpuasa di sini. I really miss him. Please.." seperti anak kecil, aku memujuk Mak. Rinduku pada Abah sudah tidak tertahan. Biarlah air mata ni mengalir. Aku dah tak mampu menahan betapa peritnya menanggung rindu.
Salahkah aku sebagai seorang anak perempuan, merindui bapa aku sendiri? Wali aku? Seseorang yang amat bertanggung-jawab tentang kebajikan aku? Salahkah?
Dan...
Kerinduan aku terubat apabila Abah pulang pada hari kedua puasa bermula. Abah pulang dengan dada yang berombak.
Nafasnya sesak. Sukar untuk dia bergerak. Bercakap apatah lagi.
Dan..
Hari  ketiga berpuasa, kami adik-beradik berpuasa di Hospital Tuanku Ampuan Rahimah. Berbekalkan kurma pada masa sahur, dan berbukakan lauk yang disediakan jemaah surau di hospital itu.
Abah.
Ini takdir aku sebagai seorang anak. Memiliki ayah tapi jarang dibelai. Aku redha. Ini ketentuan hidupku.
Seolah berhenti degupan jantungku saat doktor sendiri mengatakan bahawa peluang abah untuk hidup hanyalah 50-50. Tipis. Setipis kulit bawang.
Tangan abah dah kebal dengan jarum pelbagai saiz. Mencari urat yang tidak jumpa sehingga membuatkan tangan abah bengkak. Habis tangan kanan dikerjakan, tangan kiri menjadi mangsa. Kerongkong mulut dan hidung abah dah cukup pedih untuk menerima alat bantuan pernafasan. Hanya air mata abah menjadi ganti apabila mulut tidak mampu lagi berbicara.
Dan pengakhir ramadan, abah


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Saya juga manusia. Mengakukan khilaf. Jika salah, tolong berikan reaksi anda diruangan ini. Sekiaaan..